Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Banjir Di 4 Negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran, sebentar tadi mengeluarkan amaran banjir melibatkan beberapa kawasan di empat negeri.
Menurut PRABN, amaran ini dikeluarkan susulan hujan berterusan seperti dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, selain paras air sungai yang dijangka meningkat dan melebihi aras bahaya.
Berdasarkan ramalan semasa, beberapa lokasi di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berisiko dilanda banjir.
PRABN menegaskan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang diramalkan.
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan berisiko, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi pengurusan bencana.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, orang ramai boleh melayari:
Public Info Banjir: publicinfobanjir.water.gov.my
Facebook: @PublicInfoBanjir