Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gunung Berapi Hayli Gubbi Meletus Kali Pertama Dalam 12,000 Tahun

Hannah
Hayli Gubbi Meletus
Sumber: AFP

Gunung Berapi Hayli Gubbi Meletus Kali Pertama Dalam 12,000 Tahun

Sebuah gunung berapi di timur laut Ethiopia meletus buat kali pertama dalam tempoh hampir 12,000 tahun, dengan asap tebal menjulang sehingga 14 kilometer ke udara, menurut Pusat Nasihat Abu Vulkanik Toulouse (VAAC).

Gunung berapi Hayli Gubbi, yang terletak di wilayah Afar kira-kira 800 kilometer di timur laut Addis Ababa berhampiran sempadan Eritrea, meletus selama beberapa jam pada Ahad.

Gunung yang berketinggian sekitar 500 meter itu berada dalam kawasan Lembah Rift, iaitu zon aktiviti geologi aktif di mana dua plat tektonik bertemu.

VAAC memaklumkan bahawa awan abu daripada letusan itu turut terbawa angin hingga ke Yemen, Oman, India dan utara Pakistan.

Menurut Program Vulkanisme Global Institut Smithsonian, Hayli Gubbi tidak mempunyai rekod letusan sepanjang zaman Holosen, yang bermula sekitar 12,000 tahun lalu selepas berakhirnya zaman ais terakhir.

Ahli vulkanologi Universiti Teknologi Michigan, Simon Carn, turut mengesahkan di platform Bluesky bahawa gunung itu “tidak mempunyai rekod letusan pada era Holosen”.

Setakat ini, pihak berkuasa Afar belum memberikan maklumat mengenai kemungkinan mangsa ataupun jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan.

BACA: Bandar “Ini” Tidak Akan Lihat Matahari Selama 64 Hari

Sumber: AFP