Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pelajar UMK Kampus Kota Redah Banjir, Junjung Beg Selamatkan Barang Peribadi

Hannah
umk redah banjir
Gambar: TikTok @sitimaluddin

Pelajar UMK Kampus Kota Redah Banjir, Junjung Beg Selamatkan Barang Peribadi

Sejak semalam, beberapa rakaman keadaan banjir mula tular di media sosial. Keadaan itu menunjukkan banjir semakin memburuk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Salah satu video yang menarik perhatian ramai memaparkan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota meredah air banjir. Mereka terpaksa berbuat demikian bagi menyelamatkan diri serta barangan penting masing-masing.

Dalam rakaman itu, mereka kelihatan berjalan dalam air separas pinggang sambil menjunjung beg berkemungkinan berisi barang peribadi seperti laptop dan buku.

Video tersebut dikongsikan pengguna TikTok @sitimaluddin, yang turut memaklumkan bahawa banjir kali ini jauh lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Banjir besar Pengkalan Chepa. Kasihan anak-anak UMK. Terjejas besar bandar PC. Lebih besar dari yang sebelumnya,” katanya di ruangan kapsyen.

Di sisi lain, UMK menerusi kenyataan rasmi semalam memaklumkan bahawa seramai 541 pelajar Kolej Kediaman Taman Bendahara, UMK Kampus Kota, telah dipindahkan ke UMK Bachok.

Difahamkan, ia adalah sebagai langkah keselamatan berikutan hujan lebat yang dijangka berterusan. UMK menjelaskan bahawa kawasan kolej kediaman tersebut dinaiki air sehingga 0.8 meter, menyebabkan perpindahan segera perlu dilaksanakan.

Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan notis pemotongan bekalan elektrik di kawasan Taman Bendahara, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan pelajar.

Operasi perpindahan bermula pada jam 4.30 petang dan selesai sepenuhnya pada jam 8.30 malam. Semua pelajar kini ditempatkan di UMK Bachok bagi memastikan keselamatan, kesihatan serta kelancaran pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh banjir.

BACA: Tak Peduli Banjir, Meriah Jiran-jiran Join Sambut Birthday Adik Ni

Sumber: TikTok @sitimaluddin