Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Peduli Banjir, Meriah Jiran-jiran Join Sambut Birthday Adik Ni
Bila hujung tahun menjelma, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mula bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh. Banjir kilat pula sudah jadi perkara biasa. Dari kampung sampai ke bandar, semua orang risau bila hujan tak berhenti.
Dalam keadaan genting macam ni, mungkin ramai yang pening kepala fikir pasal barangan peribadi yang perlu diselamatkan dan keadaan rumah yang dimasuki air.
Tapi, lain pula ceritanya dengan keluarga kecil ini. Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sambutan hari lahir yang boleh dikatakan “rare”.
Mungkin, niat asal nak sambut ulang tahun pertama anak mereka dengan sederhana saja. Masak-masak dan berkumpul dengan sanak saudara.
Tapi siapa sangka, air mula naik dan terus memenuhi kawasan rumah mereka di Ayer Tawar, Perak. Namun, walaupun keadaan tak dijangka itu berlaku, sambutan tetap diteruskan.
Dalam video, kelihatan jiran-jiran datang meriahkan majlis sambil berjalan dalam air. Walaupun perlu ‘berendam’ separas betis untuk ambil makanan, semua tetap hadir dengan senyuman.
“Lain macam birthday anak aku. Kawan baru nak merasa sambut first birthday dia, terus buat open house panggil orang taman makan sekali,” seloroh si ibu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah masing-masing. Meski dilanda musibah, kekal ‘sempoi’ bila bab makan.
“Comelnya. Memori sampai ke besar ni dik. Happy birthday anak bertuah.”
“Orang Malaysia punya hospitality memang 1st class. Jamu tetamu walau apa jua keadaan. Semoga murah rezekimu wahai insan yang baik hati.”
“Alhamdulillah rezeki mereka juga walaupun dilanda musibah.”
Banjir bukan perkara kecil, tapi dalam keadaan getir pun, mereka masih boleh berkumpul, berkongsi makanan dan saling menghiburkan. Itulah rakyat Malaysia.
Di sebalik gelak tawa dan suasana meriah itu, terselit harapan agar semua yang terjejas banjir dipermudahkan urusan dan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.
Dan buat si kecil yang menyambut ulang tahun pertamanya, selamat hari lahir kami ucapkan. Ini pastinya memori paling epik dan tak ternilai, satu kisah yang boleh diceritakan bila dah besar nanti.
BACA: 5 Perkara ‘Wajib’ Buat Kalau Tak Nak Kereta Rosak Teruk Redah Banjir
Sumber: Threads @muffinnini_