Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 2 Negeri Hingga Esok

Sofea
amaran hujan berterusan
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 2 Negeri Hingga Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri sehingga 26 November.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Kelantan iaitu di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Di Terengganu hanya daerah Besut yang terlibat.

Manakala, bagi amaran tahap buruk pula diramal di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Bagi negeri Perak, ia hanya melibatkan daerah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Di Kelantan pula daerah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai dan Terengganu di daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di daerah Hulu Perak dan Manjung di Perak. Kelantan di Gua Musang dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan.

Sumber: Malaysian Meteorological Department