Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Apa Dah Jadi Dengan Matahari? – Gelagat Pasangan Pelancong Redah Hujan Cuit Hati Ramai
Tidak dinafikan Malaysia mempunyai pelbagai keunikan, bukan sahaja pada masyarakatnya yang berbilang kaum, tetapi makanan dan keindahan alam semula jadinya.
Jadi, tidak hairan mengapa ramai pelancong yang gemar menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka.
Pun begitu, Malaysia juga terkenal dengan cuacanya yang tidak menentu, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.
Kadang-kadang panas terik, kadang-kadang sejuk nyaman dan tak kurang juga hari-hari yang diiringi hujan renyai. Semuanya boleh berlaku dalam satu hari sahaja.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pengalaman pasangan pelancong sewaktu berkunjung ke Malaysia.
Dalam klip berkenaan, dia menjangkakan cuaca di Malaysia baik dan cerah pada bulan November, tetapi lain pula jadinya.
“Datang Malaysia pada November, mereka kata cuaca akan cerah dan baik. Mereka kata..” selorohnya.
Apa yang lebih menarik, video berkenaan memaparkan wanita berkenaan membonceng motosikal dalam keadaan hujan, lengkap dengan baju hujan sambil tersenyum.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan itu meredah hujan.
Antara komen netizen yang mencuit hati,
“Bro, silap masa datang sini,” komen seorang pengguna.
“Salji kami dah cair,” seloroh seorang lagi.
“Naaa.. bawa motosikal tanpa visor helmet dalam hujan is brutal,” komen seorang lagi.
“Siapa kata tu, kami sedang mengalami musim taman tema air,” seloroh seorang lagi.
“Malaysia ada empat musim iaitu panas, durian, nyamuk, banjir,” tulis seorang lagi.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 230,000 tontonan dengan lebih 30,000 tanda suka dan pelbagai komen mencuit hati warga maya.
Sumber: TikTok @demiwestra