Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Bernama
Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Aina Munirah

Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Banjir merupakan salah satu fenomena alam yang paling kerap berlaku di negara kita, terutamanya pada musim tengkujuh.

Bencana ini juga turut berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan paras air sungai melimpah.

Malah, parit atau longkang-longkang tidak mampu menampung jumlah air hujan tersebut.

Setiap kali banjir berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduk, malah turut menyebabkan kerosakan harta benda, kerosakan tanaman,dan yang lebih teruk, mendatangkan pelbagai penyakit.

Penyakit yang berlaku di kawasan banjir ini sememangnya memudaratkan kesihatan. Namun, masih ramai yang mengambil mudah tentang perkara tersebut.

BACA: Kereta Terendam Banjir? Ini Cara Cegah Rosak Teruk

Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit ketika musim banjir, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Penyakit yang sering berlaku di kawasan banjir

1. Penyakit bawaan air

Penyakit bawaan air adalah disebabkan air yang bercampur dengan lumpur atau tanah yang tercemar.

Makanan sangat berisiko untuk dicemari dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan yang membawa kepada muntah dan cirit-birit. Antara penyebab penyakit bawaan air adalah:

  • Bakteria Vibrio choleraeatau coli yang menyebabkan keracunan makanan.

  • Bakteria Salmonella typhiyang menyebabkan demam kepialu (Typhoid)

  • Virus Hepatitis A yang menyebabkan penyakit Hepatitis A melalui makanan yang tercemar

  • Bakteria Burkholderia pseudomalleiyang menyebabkan Meliodosis dan kuman ini boleh merebak ke semua organ. Pesakit memerlukan rawatan antibiotik untuk jangka masa panjang

2. Penyakit bawaan vektor

Vektor adalah pembawa penyakit yang dapat memindahkan patogen berjangkit kepada organisma lain dan menyebabkan penularan penyakit tesebut.

Nyamuk dan tikus merupakan antara vektor yang aktif menyebarkan penyakit ketika banjir melalui gigitan (nyamuk) atau sentuhan langsung dengan air kencing haiwan (seperti tikus).

BACA: Peka, Ini Senarai Talian Khas Bencana Banjir Bagi Petani Terjejas

Antara penyakit bawaan vektor adalah:

  • Leptospirosis yang disebabkan oleh bakteria Laptospira melalui air atau tanah yang dicemari air kencing haiwan seperti tikus. Jangkitan kuman Leptospira boleh menyebabkan demam berdarah dan boleh mengancam nyawa jika tidak dikesan dan dirawat seawal yang boleh

  • Denggi, Chikungunya dan Malaria yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes yang membiak di kawasan air bertakung

3. Penyakit kulit

Jangkitan kulat atau bakteria akibat kulit terdedah kepada air tercemar dalam tempoh yang lama.

Oleh sebab itu, orang ramai sangat tidak digalakkan untuk bermain, bermandi-manda mahupun berada dalam air banjir untuk tempoh yang lama kerana ini dapat meningkatkan risiko penyakit kulit.

4. Penyakit saluran pernafasan

Mangsa-mangsa banjir selalunya akan ditempatkan di dalam tempat pemindahan sementara dan ini boleh menyebabkan kesesakan terutamanya di kawasan banjir yang teruk.

Keadaan ini boleh menyebabkan penularan jangkitan pernafasan akut (ARI) dan jangkitan pernafasan kronik. Antaranya:

  • Jangkitan bakteria seperti Klebsiella pneumonia dan Streptococcus pneumonia yang boleh menyebabkan pneumonia iaitu sejenis gangguan pernafasan yang akut

  • Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosisyang menyebabkan penyakit Tuberkulosis

Anda mangsa di kawasan banjir? Segera dapatkan rawatan sekiranya terdapat gejala!

Antara rawatan bagi pesakit adalah seperti:

  • Leptospirosis: Antibiotik seperti doxycycline atau penicillin akan diberikan

  • Kolera dan cirit-birit: Rehidrasi dengan oral rehydration salts (ORS) dan antibiotik tertentu

  • Keracunan makanan: Penghidratan dan rawatan simptomatik dan kadangkala memerlukan antibiotik

  • Meliodosis: Rawatan antibiotik intravena dan ubat antibiotik oral untuk jangka masa dua hingga empat minggu atau lebih lama

  • Denggi dan malaria: Denggi dirawat secara simptomatik, manakala malaria dirawat dengan ubat antimalaria seperti chloroquine

  • Jangkitan kulit: Krim antikulat atau / dan ubat antikulat untuk jangkitan kulat yang teruk pada kulit.

  • Sindrom respiratori akut: Antibiotik jika jangkitan bakteria disyaki, berserta ubat demam dan batuk. Kadangkala, pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen di hospital

Kesimpulan

Mangsa banjir harus sentiasa mengutamakan kebersihan. Pastikan air yang diminum adalah bersih dan cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Mangsa banjir juga perlu diingatkan untuk mendapatkan rawatan yang segera jika mengalami simptom seperti demam, cirit-birit, atau ruam.

Tambahan pula, aktiviti di kawasan air bertakung/lopak air perlu dikurangkan untuk mengelakkan. jangkitan.

Penjagaan pemakanan juga penting untuk menguatkan imuniti dengan mengambil makanan yang berkhasiat.

Selain daripada itu, masyarakat yang tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin seperti vaksin tetanus atau kolera.

Kesihatan adalah keutamaan dan kita hendaklah sentiasa berwaspada serta bertindak segera apabila berasa kurang sihat dalam situasi banjir.

BACA: Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik, ‘Dia’ Pun Datang Sekali

Sumber: Hello Doktor