Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
musim banjir
Gambar: Threads @amirulhailmi
Tiada Kategori
Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik, ‘Dia’ Pun Datang Sekali

Hannah

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik, ‘Dia’ Pun Datang Sekali

Umum diketahui, beberapa kawasan terutama di Semenanjung Malaysia kini sedang berdepan musim tengkujuh yang semakin membimbangkan.

Sejak semalam, pelbagai rakaman keadaan banjir mula tular di media sosial. Ramai yang berkongsi situasi semasa di kawasan masing-masing.

Tapi, ramai tak sedar bahawa musim tengkujuh ni bukan sekadar melumpuhkan kehidupan harian kita. Malah, ia membuka ruang kepada ancaman lain yang jauh lebih menakutkan.

“Jangan excited main air…”

Selain arus deras yang sukar dijangka, antara ancaman lain ialah kehadiran haiwan berbisa. Contohnya seperti ular, lipan, kala jengking dan reptilia lain yang mungkin mencari tempat berlindung.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads oleh pengguna @amirulhailmi mencuri perhatian ramai apabila dia mendedahkan situasi sebenar yang berlaku di rumahnya.

Menurutnya, kawasan rumahnya yang mula dinaiki air menyebabkan haiwan berbisa muncul di tempat-tempat yang tidak dijangka.

Tiang rumah, pagar rumah, malah kawasan tinggi yang biasanya ‘selamat’ pun boleh jadi tempat haiwan ini bertenggek.

Katanya, sejak paras air meningkat, haiwan seperti ular mula mencari laluan selamat untuk menyelamatkan diri. Tak dinafikan, kebanyakannya memilih kawasan rumah sebagai tempat berlindung.

“Scary merry tengok tiang-tiang pagar rumah. Rumah dinaiki air, pagar dinaiki makhluk-makhluk berbisa ni. Hati-hati sahabat-sahabat yang duduk kat kawasan terkena banjir. Jangan excited main air. Tak sempat ambil gambar semalam ular duk menjalar atas pagar,” katanya sambil berkongsi video yang buatkan ramai ‘seram sejuk’.

Tangkap layar (Threads @amirulhailmi)
Tangkap layar (Threads @amirulhailmi)
Tangkap layar (Threads @amirulhailmi)

Melalui perkongsian itu, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu ‘teruja’ bermain air banjir, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang mudah terleka. Ini kerana, bahaya boleh muncul bila-bila masa tanpa disedari.

Hati-hati, jangan terpedaya dengan air yang nampak ‘tenang’

Air banjir bukan sekadar air keruh yang melimpah ke jalan. Di sebalik itu ada lumpur, serpihan tajam, arus deras, pencemaran dan haiwan berbisa yang mencari tempat berlindung.

Musim tengkujuh mungkin datang setiap tahun, tetapi setiap tahun juga ada cerita bahaya baharu yang perlu kita ambil iktibar. Keselamatan keluarga tetap keutamaan.

BACA: Tak Peduli Banjir, Meriah Jiran-jiran Join Sambut Birthday Adik Ni

Sumber: Threads @amirulhailmi