Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiausaha Politik Kanan PM, Shamsul Iskandar Umum Letak Jawatan
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Menerusi satu kenyataan di media sosial miliknya, Shamsul turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Dalam masa sama, beliau juga mendakwa terdapat cubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan.
“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya.
Sumber: Shamsul Iskandar Mohd Akin