Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Negeri Diramal Hujan Petang Ini

Iqbal Yasir
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

Lima Negeri Diramal Hujan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan WP Labuan.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula termasuk Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, Johor, kawasan yang terlibat adalah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Bukit Mabong) dan Bintulu.

“Bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Kes Serang Wartawan, Polis Tahan Seorang Individu