Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 3 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 10 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu diramal berlaku di Johor iaitu di daerah Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi.
Selain itu, di negeri Sarawak pula melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).
Di Sabah pula, daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Telupid dan Sandakan) dijangka terlibat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.