Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Lekukan Tropika Berhampiran Kemaman
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu boleh mencatat kelajuan angin maksimum 56km/j.
Kenyataan itu memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
Sumber: BERNAMA