Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Legenda Sepak Takraw Rosli Abd Rahman Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Gambar: PSM

Legenda Sepak Takraw Rosli Abd Rahman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR — Legenda dan jurulatih pasukan sepak takraw Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder), Rosli Abd Rahman dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi, lapor Astro AWANI.

Difahamkan, allahyarham yang juga bekas pemain dan jurulatih skuad kebangsaan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang.

Untuk makluman, Rosli pernah dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bersama pasukannya, KL Thunder.

Allahyarham memainkan peranan penting dalam menggilap bakat pemain kebangsaan termasuklah Syahir Rosdi dan Azlan Alias.

Dalam perkongsian Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di Facebook turut memaklumkan pemergian allahyarham.

“Innallilah Waina Hirojiun. Salam Takziah buat keluarga Saudara Rosli Abd Rahman yang telah kembali ke rahmatullahi sebentar tadi.

“Sama-samalah kita doakan agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala.

“Beliau adalah merupakan salah seorang Lagenda Emas Sepaktakraw Negara yang pernah menabur bakti dan sumbangan yang tidak ternilai dengan memenangi banyak pingat termasuk Pingat Emas.

“Beliau juga merupakan Bekas Jurulatih Negara dan pada ketika ini merupakan Jurulatih Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” maklum kenyataan itu.

Pemergian Rosli merupakan satu kehilangan besar dalam arena sepak takraw negara.

Semalam, SK melaporkan Razani Hussain, legenda ironman Malaysia disahkan menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis di Hospital Bachok, Kelantan akibat menghidapi barah (kanser).

Sumber: Astro AWANI, PSM

BACA: Legenda Ironman Negara, Razani Hussain Meninggal Dunia