Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Lupakan Kopi! 5 Hack Mudah Untuk Kekal Bertenaga Seharian
Gambar AI
Tiada Kategori
Lupakan Kopi, 5 Hack Mudah Untuk Kekal Bertenaga Seharian

suhaila

Lupakan Kopi! 5 Hack Mudah Untuk Kekal Bertenaga Seharian

Bagi kebanyakan orang, secawan kopi sering dianggap sebagai penyelamat utama untuk mengatasi rasa mengantuk. Terutamanya pada waktu pagi atau tengah hari yang sibuk.

Namun, bergantung sepenuhnya kepada kafein bukanlah penyelesaian terbaik untuk tenaga yang berpanjangan. Selain memberi kesan yang sementara, pengambilan kopi berlebihan juga boleh menyebabkan dehidrasi dan kegelisahan.

Ia juga boleh mengganggu tidur pada waktu malam sekaligus mengurangkan produktiviti dan fokus pada hari-hari berikutnya.

Apa yang lebih menarik ialah terdapat cara alternatif yang lebih semula jadi dan praktikal untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari tanpa perlu bergantung kepada kafein.

Teknik ini bukan sahaja mudah dilakukan tetapi juga boleh dimasukkan ke dalam rutin harian tanpa mengganggu jadual kerja atau aktiviti harian.

Malah ianya dapat membantu tubuh dan minda berfungsi secara optimum. Kesannya anda akan rasa lebih segar, fokus dan bertenaga sepanjang hari.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 hack mudah yang jarang diketahui tetapi berkesan untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Semua tip ini dapat membantu anda untuk kekal alert, produktif dan cergas tanpa perlu menyentuh secawan kopi pun.

1. Pernafasan energik

Satu cara yang jarang diberikan perhatian tetapi sangat berkesan untuk meningkatkan tenaga adalah teknik pernafasan yang betul.

Dengan meluangkan dua hingga tiga minit untuk melakukan pernafasan energik, anda boleh meningkatkan aliran oksigen ke otak dan seluruh tubuh.

Aktiviti ini sekaligus memberi kesan segera terhadap kesegaran dan fokus mental. Contohnya, teknik mudah yang boleh dicuba adalah menarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama empat saat, menahan seketika dan kemudian menghembus perlahan-lahan melalui mulut.

Ulangi beberapa kali sambil duduk tegak atau berdiri. Aktiviti ringkas ini bukan sahaja memberi tenaga secara fizikal tetapi juga membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan akibat rutin harian yang padat.

Selain itu, ia memberi ruang kepada otak untuk reset seketika. Aktiviti ini boleh dilakukan sebelum memulakan kerja, di tengah hari apabila rasa mengantuk mula menyerang atau bila-bila masa yang dirasakan perlu untuk menyegarkan diri.

2. Gerakan ringkas di meja kerja

Ramai yang menghabiskan sebahagian besar hari duduk di depan komputer tanpa banyak bergerak. Kebiasaan ini sering menjadi punca keletihan fizikal dan mental.

Namun tenaga boleh ditingkatkan dengan gerakan mudah yang boleh dilakukan di meja kerja sendiri. Contohnya beberapa minit stretching tangan, leher dan bahu atau melakukan squat mini serta berdiri duduk berulang-ulang mampu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot.

Aktiviti ini juga memberikan rasa yang lebih segar dan bertenaga.

Selain itu, amalan ini juga membantu tubuh mengurangkan rasa kaku akibat duduk lama, menstabilkan postur dan memberi kesan positif kepada fokus mental.

Malah hanya lima hingga sepuluh minit gerakan ini dilakukan beberapa kali sehari sudah cukup untuk menghidupkan semula tenaga tanpa perlu ke gym atau melakukan senaman panjang yang memakan masa.

Dengan rutin mudah ini, setiap hari boleh terasa lebih bertenaga walaupun jadual kerja padat dan panjang.

3. Makanan power snack rendah gula

Selain teknik pernafasan dan gerakan fizikal, apa yang dimakan memainkan peranan penting dalam mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Snek yang tinggi protein dan rendah gula seperti biji-bijian, kacang walnut, buah-buahan segar atau dark chocolate boleh memberi tenaga berterusan tanpa menyebabkan lonjakan gula darah yang drastik.

Ianya sekaligus mengelakkan rasa lesu selepas makan.

Berbeza dengan minuman manis atau kudapan bergula yang memberi tenaga sementara, pilihan snek sihat ini menyediakan kalori berkualiti dan nutrien yang menyokong fungsi otak dan badan secara stabil.

Snek ini paling sesuai diambil pada waktu petang apabila tubuh mula terasa mengantuk atau kurang fokus. Selain itu, mengamalkan snek sihat juga membantu mengekalkan kawalan berat badan dan meningkatkan produktiviti.

Badan akan mendapat tenaga yang cukup untuk terus bekerja dengan cergas tanpa rasa mengantuk atau cepat letih.

4. Sunlight hack

Sinar matahari pagi bukan sahaja penting untuk penghasilan vitamin D tetapi turut memberi kesan positif terhadap tahap tenaga dan mood.

Mengambil masa lima hingga sepuluh minit untuk berada di luar rumah atau di balkoni sambil menikmati cahaya matahari dapat membantu tubuh menyesuaikan jam biologi semula jadi.

Ini akan memberi kesan langsung kepada rasa segar, fokus dan produktiviti.

Aktiviti ini boleh dilakukan sambil berjalan kaki, meregangkan badan atau sekadar menikmati udara segar sambil menikmati secawan teh pagi.

Kesannya bukan sahaja pada fizikal tetapi juga mental. Ini kerana sinar matahari pagi dapat membantu merangsang hormon serotonin, yang meningkatkan rasa bahagia dan alert.

Dengan rutin ringkas ini, badan akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran hari yang panjang dan minda akan kekal tajam serta bertenaga dari pagi hingga petang.

5. Cold Shower atau Splash Water

Jika teknik pernafasan dan gerakan fizikal masih belum cukup untuk menyingkirkan rasa mengantuk atau lesu, satu cara cepat dan berkesan adalah mandi air sejuk atau sekadar mencelup wajah dengan air sejuk.

Sensasi dingin ini akan merangsang sistem saraf, meningkatkan peredaran darah dan memberi kesan segar serta alert secara seketika.

Malah cold shower juga dikaitkan dengan peningkatan mood, membangkitkan semangat dan menambah fokus mental. Aktiviti ini menjadikan tubuh lebih bersedia untuk mengharungi aktiviti harian yang padat.

Bagi yang tak tahan sejuk, teknik splash water ke muka atau pergelangan tangan sudah mencukupi untuk memberi rangsangan tenaga.

Amalan ringkas ini boleh dilakukan pada waktu pagi, selepas senaman atau bila-bila masa badan terasa lesu dan memerlukan tenaga tambahan untuk kekal produktif.

Oleh itu, untuk kekal bertenaga sepanjang hari sebenarnya tidak semestinya bergantung kepada kopi atau minuman berkafein lain.

Dengan menggabungkan teknik-teknik yang kami kongsikan, tubuh boleh kekal segar, fokus dan produktif tanpa kesan sampingan kafein.

Walaupun kelihatan sederhana, amalan-amalan kecil ini mempunyai impak yang besar jika dilakukan secara konsisten.

Ia membolehkan tubuh dan minda berfungsi pada tahap optimum, memberikan tenaga yang lebih berpanjangan dan rasa alert secara semula jadi.

Jadi, lupakan kopi seketika dan cuba cara-cara alternatif ini untuk tenaga yang lebih stabil, sihat, dan berpanjangan sepanjang hari.

Sumber : westendwellness, hackslifestyle

BACA : MamaKerja Selangor: Insentif RM100 Sebulan Untuk Ibu Bekerja