Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pemungut Hilang Sabar, Bakar Rumah Peminjam Kerana Sering Elak Bayar Hutang
Seorang pemungut hutang ditahan polis selepas dilapor membakar rumah seorang peminjam yang gagal melunaskan bayaran di Girimarto, Wonogiri, Indonesia pada 25 November lalu.
Menurut Kompas TV, kebakaran terbabit menyebabkan bahagian hadapan rumah mangsa serta beberapa perabot musnah terbakar.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Wonogiri, Inspektor Agung Sedewo berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian (TPT) secara terperinci selain mengambil keterangan daripada lima saksi.
“Hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang suspek yang bekerja sebagai pemungut hutang. Suspek kini telah mengaku melakukan perbuatan tersebut,” jelasnya lagi.
Difahamkan, suspek bertindak nekad selepas mendakwa mangsa kerap mengelak setiap kali dia datang membuat tuntutan pembayaran hutang.
Menurut polis, suspek mendakwa dia hilang sabar kerana mangsa gagal menjelaskan hutang berjumlah 6 juta rupiah (kira-kira RM 1,490) dan sering mengelak daripada bertemu dengannya.
Kompas TV melaporkan suspek kini berdepan hukuman penjara maksimum 12 tahun.
Sumber: Kompas TV