Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
fifpro tujuh pemain warisan

FIFPRO Pertahan Tujuh Pemain Warisan, Anggap Mangsa Keadaan

Fazidi

FIFPRO Pertahan Tujuh Pemain Warisan, Anggap Mangsa Keadaan

Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro) tampil mempertahankan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang kini sedang berdepan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Hukuman penggantungan 12 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak yang dikenakan ke atas pemain-pemain berkenaan disifatkan “sangat tidak seimbang” dengan mengambil kira keadaan khusus melibatkan kes berkenaan.

“FIFPro menegaskan bahawa pemain-pemain itu sebenarnya merupakan mangsa dalam isu tersebut.

“Keputusan berkenaan turut mengesahkan bahawa mereka tidak memalsukan sebarang dokumen, malah mengakui secara jelas bahawa dokumen yang dikemukakan adalah tulen.

Hanya mangsa, FIFPro pertahan tujuh pemain warisan Harimau Malaya

“Apabila tidak kurang daripada tujuh pemain berada dalam situasi yang sama, adalah jelas bahawa sebarang kemungkinan pemalsuan dokumen bukan berpunca daripada tindakan individu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

FIFPro turut menjelaskan bahawa para pemain tidak mempunyai mekanisme untuk mendapatkan pengesahan mengikat daripada FIFA mengenai kelayakkan mereka, satu prosedur yang bukan mandatori di bawah peraturan semasa.

Oleh itu, badan berkenaan menyifatkan sebagai sesuatu yang membimbangkan apabila pemain dipertanggungjawabkan terhadap dokumen yang dikemukakan oleh sebuah persatuan kebangsaan kepada FIFA.

Pemain sudah mengikut prosedur yang ditetapkan

Ia seolah-olah para pemain diwajibkan mengesahkan dokumen yang bukan mereka sendiri keluarkan atau serahkan.

“Tujuh pemain terbabit telah mengikut prosedur ditetapkan, termasuk mengemukakan dokumen peribadi, hadir di hadapan pihak berkuasa Malaysia, menjalani proses angkat sumpah, menerima pasport yang dikeluarkan kerajaan serta menunggu pengesahan kelayakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Semua proses itu dikendalikan oleh pihak berkuasa di luar kawalan mereka, namun mereka kini berdepan penggantungan daripada kelab masing-masing serta implikasi serius lain tanpa sebarang kesalahan” kata FIFPro lagi.

Sehubungan itu, FIFPro menegaskan bahawa pihaknya menyatakan sokongan penuh kepada pemain-pemain berkenaan dan percaya Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan membatalkan ketidakadilan tersebut.

BACA: Wanita Ditemukan Maut Dipercayai Dibunuh Suami Di Tanah Merah – Polis

Sumber: FIFPro