Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Ditemukan Maut Dipercayai Dibunuh Suami Di Tanah Merah – Polis

Athirah
Wanita dibunuh suami
Kredit: Bernama

Wanita Ditemukan Maut Dipercayai Dibunuh Suami Di Tanah Merah – Polis

TANAH MERAH, 1 Dis (Bernama) — Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan perincian kes berkenaan akan dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi kenyataan media dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, seorang ahli keluarga wanita berkenaan berkata mangsa bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor sejak setahun lepas dan baru tiba di rumahnya kira-kira 9 pagi tadi untuk bercuti.

BACA: Pemungut Hilang Sabar, Bakar Rumah Peminjam Kerana Sering Elak Bayar Hutang
BACA: JAWI Panggil Individu Bantu Siasatan Kes Di Jalan Raja Laut
BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Lelaki Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Bernama