Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribuan Hadir Solat Jenazah Bung Moktar

Iqbal Yasir
ribuan solat jenazah bung moktar
Gambar: Bernama

Ribuan Hadir Solat Jenazah Bung Moktar

KOTA KINABALU — Suasana pilu menyelebungi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sewaktu ribuan jemaah hadir bagi menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat hari ini.

Menerusi klip yang dikongsikan Bernama, memaparkan ramai jemaah memenuhi ruangan masjid untuk menunaikan solat berkenaan termasuk memberi penghormatan terakhir.

Difahamkan, solat jenazah dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat.

Antara tokoh turut yang hadir menunaikan solat jenazah termasuklah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun serta beberapa pemimpin lain.

Jenazah Selamat Dikebumikan

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas pada jam pada 2.25 petang sebentar tadi.

Malah, ramai yang berpusu-pusu membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah, menyediakan tapak perkuburan dan melakukan kerja-kerja tanah sebaik sahaja selesai urusan solat jenazah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi ini.

Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi pemberita namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapanya itu.

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Sumber: Bernama (1), (2)

BACA: Anwar Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Bung Moktar

BACA: Bung Moktar Sangat Baik, Lembut Dengan Masyarakat & Keluarga – Shaheizy Sam