Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Rasa Tak Berguna Lagi,” Rintih Suami Cari Isteri Hilang Ketika Banjir

Azizah Najib
suami cari isteri banjir
Kredit: CNA

“Saya Rasa Tak Berguna Lagi,” Rintih Suami Cari Isteri Hilang Ketika Banjir

Tular di media sosial, sebuah video temu bual eksklusif agensi berita CNA merakamkan detik pilu seorang suami yang mencari isterinya, dikhuatiri hanyut dibawa banjir besar yang melanda Palembayan, Barat Sumatera.

“Saya rasa diri ni sudah tidak berguna lagi bila isteri sudah tiada,” rintih lelaki itu.

Menurut laporan, Abdul Ghani, 57 tahun, menghabiskan masa selama beberapa hari di kawasan sekitar bagi mencari isterinya, Marsoni yang hilang.

Sambil membawa sekeping gambar wanita tersebut yang dicetak di atas kertas bersaiz A4, lelaki itu merayu kepada sesiapa sahaja yang ditemui agar mencari isterinya.

“Saya cuma mahu isteri saya ditemui, walaupun hanya sebelah tangan isteri. Selagi saya dapat mengenalinya, cukuplah,” rayu lelaki berkenaan diiringi esak tangis.

Katanya, dia hanya berkesempatan untuk kembali ke tempat tinggalnya tanggal Sabtu, 29 November lalu.

“Tengok rumah saya sudah habis (hanyut). Sebelum saya sampai, ada yang sudah beritahu tentang keadaan rumah saya yang sudah hanyut.

“Saya tak percaya, saya ingin melihat sendiri. Apabila sampai di lokasi, baru saya percaya rumah saya sudah habis semua rata,” kongsinya, sayu.

Kehilangan teman hidup selepas anak tunggal meninggal dunia

Bekerja sebagai penjual minuman ringan untuk menyara hidup, Abdul Ghani dan Marsoni sudah hidup bersama hampir 25 tahun.

Difahamkan, lelaki tersebut hanya tinggal berdua bersama isterinya setelah anak tunggal mereka meninggal dunia tujuh tahun lalu.

Terdahulu, Indonesia digemparkan dengan kejadian banjir besar yang kini melibatkan kira-kira 867 mangsa terkorban dengan 521 lagi masih hilang, menurut CNA.

Ribut tropika yang melanda Utara Sumatera pada 2 Disember itu turut menyebabkan lebih 800,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Terkini, agensi meteorologi Indonesia mengeluarkan amaran Aceh bakal menerima hujan lebat pada Sabtu dengan sebahagian kawasan di Utara dan Barat Sumatera turut berisiko.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Islamic Relief Indonesia, Nanang Subana Dirja memaklumkan bahawa sebahagian kawasan banjir masih tidak dapat ditembus dan menyifatkan keadaan bencana kali ini adalah “rumit”.

“Keadaan ini sangat teruk dan menyayat hati berikutan kesukaran untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

BACA: “Terima Kasih Datuk,” Tolong Taja Yuran Pendaftaran, Jasa Bung Moktar Dikenang Graduan

BACA: Kuantan Diramal Banjir Bermula Hari Ini Hingga Selasa

Sumber: CNA (1) (2)