Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

ST Rosyam Mart Jakel Square Syurga Belanja 24 Jam di Tengah KL

Nur Farra

ST Rosyam Mart Jakel Square akan dibuka pada 17 Disember 2025, menandakan outlet kesembilan rangkaian ini dan kedua di KL.

Lebih dari sekadar pasar raya, ST Rosyam Mart menggabungkan konsep 24 jam, harga borong, dan pengalaman beli-belah lima bintang. Outlet ini turut menampilkan “Malaysian Selection”, ruang khas untuk produk tempatan, daripada makanan ringan, minuman, hingga cenderahati.

Outlet seluas 40,000 kaki persegi ini menampilkan reka bentuk moden dengan siling tinggi, laluan luas, kawasan runcit borong, kaunter bayar sendiri dan kaunter tunai untuk pengalaman membeli-belah yang lancar.

Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, CEO Sri Ternak Group berkata:

“Di Sri Ternak, misi kami jelas untuk membantu orang dan perniagaan jimat masa, jimat duit, dan hidup lebih baik. Dengan pembukaan ST Rosyam Mart di Jakel Square, KL, kami bawa pengalaman beli-belah tempatan, dipercayai, dan berbaloi terus ke tengah bandar.”

Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd menambah:

“Hidup di KL memang mahal. Dengan inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’, kami mahu pastikan barangan keperluan harian lebih mudah diakses dan berpatutan. Ruang ini juga untuk keluarga, pekerja, dan rakan singgah selepas kerja, sama ada untuk beli barang, makan, atau lepak santai.”

Apa ada dalam ST Rosyam Mart Jakel Square?

  • Lebih 40,000 produk sayur segar, buah-buahan, ayam, daging premium (Wagyu, kambing), dan makanan laut segar/frozen termasuk King Crab dan salmon import.

  • House Brands: Freshin’ (minuman), Santeh (staples), 1ST (keperluan harian), Deliwest (makanan Barat frozen), Sri Ternak (makanan segar & frozen).

  • Bulk Grocery Section untuk pemilik perniagaan dan katerer dengan harga borong.

  • 20+ servis percuma seperti power bank, air minum, gunting daging, payung pinjam, jump-start bateri kereta, pam tayar dan banyak lagi.

Promosi Grand Opening 17–31 Disember 2025:

  • Daftar sebagai ST Member RM15 → Ayam seketul RM0.88.

  • Lebih 220 barangan dari sayur, buah, makanan laut, barangan kering serendah RM0.08.

  • 45+ barangan borong pada harga berpatutan.

Raja Konten STL: ST Rosyam Mart juga cari “Raja Konten”! Sertainya melalui video kreatif ≥1 minit di TikTok, Instagram, atau Facebook untuk memenangi RM20,000. Hantar penyertaan sebelum 20 Disember 2025 di https://bit.ly/RajaKontenSTRM dengan hashtag:#STRosyamMartJakelSquareKL #SelamatkanDompetWargaKL #DompetAbangSelamat #PasarRakyatMalaysia

Maklumat lanjut: www.sriternak.com