Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

West Coast Expressway (WCE) sekali lagi mencatat sejarah apabila meraih beberapa pengiktirafan penting di Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2025, termasuk ‘Gold Award’ bagi kategori ‘Issue or Crisis Communication’.

Kejayaan ini menjadikan WCE sebagai syarikat lebuh raya pertama di Malaysia yang menerima penghargaan tertinggi dalam kategori tersebut.
Pengiktirafan ini membuktikan ketelusan komunikasi WCE dalam pengurusan isu serta pendekatan proaktif syarikat dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan lebuh raya, pihak berkuasa, rakan media dan pemegang taruh lain.

Selain itu, WCE turut membawa pulang penghargaan berikut:

Silver Award – Public Affairs
Mengiktiraf usaha strategik WCE dalam advokasi dasar, penyelarasan dengan agensi kerajaan, serta komunikasi berterusan bagi pembangunan projek pembinaan lebuh raya.

Silver Award – Consumer Launch
Mengiktiraf usaha WCE dalam pelancaran pembukaan jajaran Seksyen 2 yang memberi kesan positif kepada pengguna serta pendekatan kreatif dalam mendekati pelanggan lebuh raya.
Bronze Award – Corporate Branding
Mengiktiraf inisiatif penjenamaan semula dan komunikasi korporat WCE yang lebih segar, konsisten dan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Berhad (WCEHB), Lyndon Alfred Felix, berkata kejayaan ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap komunikasi yang bertanggungjawab dan berasaskan fakta.
“Pengiktirafan ini sangat bermakna kerana ia mencerminkan dedikasi seluruh pasukan WCE dalam memastikan komunikasi yang telus, tepat dan berintegriti, terutamanya ketika menangani isu yang melibatkan orang ramai.
Penghargaan ini mengukuhkan lagi keyakinan kami untuk terus meningkatkan amalan komunikasi dan keterlibatan pemegang taruh.”

Beliau turut menambah bahawa kejayaan tersebut menjadi pemangkin bagi WCE untuk terus memperkukuh reputasi sebagai syarikat lebuh raya yang komited menyediakan pengalaman pelanggan terbaik melalui penyampaian maklumat yang berkesan dan bertanggungjawab.
MPRA merupakan anugerah PR paling berprestij di Malaysia yang mengiktiraf kecemerlangan dalam strategi komunikasi di kalangan pengamal perhubungan awam dalam pengurusan isu, kreativiti serta impak melalui kempen di seluruh negara.