Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Khairul Aming Umum Buka Restoran

Sofea
khairul aming buka restoran
Kredit: KhairulAming

Khairul Aming Umum Buka Restoran

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan sebagai Rembayung.

Menerusi perkongsian di media sosial, KA berkata dia menyimpan rahsia mengenai pembinaan restoran itu selama setahun.

Menurutnya, selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia online, dia kini bersedia untuk memulakan langkah ke dunia offline pula.

Ia juga merupakan permulaan untuk perancangannya bagi 10 tahun seterusnya.

BACA JUGA: Khairul Aming Catat Rekod, Dapat 100 Juta “Like” Ketika “Live”

“Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak sembilan minit dari KLCC.

“Ini adalah pelaburan terbesar KA pernah buat untuk satu projek,” katanya.

Ujarnya lagi, konsep restoran tersebut mengangkat elemen kampung di tengah kota raya. Selain pelanggan dalam negara, dia juga berharap restoran itu menjadi tumpuan pelancong luar.

Dalam masa yang sama, pembukaan restoran itu membuka peluang pekerjaan kepada 50 orang anak tempatan.

Sumber: Khairulaming