Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Di Semenanjung Turun 2 Sen
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 2 sen berkuatkuasa pada 11 Disember hingga 17 Disember 2025.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 2 sen kepada RM3.27 seliter, RON95 tanpa subsidi sebanyak 2 sen kepada RM2.64 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen kepada RM3.06.
Menurutnya, harga baru itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.
Dalam pada itu harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, harga runcit dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu lagi.
Sumber: MOF