Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gabenor Aceh Terima Maklumat 80 Tan Bantuan Logistik Dipercayai ‘Lesap’ 

Iqbal Yasir
Gabenor Aceh terima bantuan lesap
Gambar: CNN Indonesia

Gabenor Aceh Terima Maklumat 80 Tan Bantuan Logistik Dipercayai ‘Lesap’

Gabenor Aceh, Muzakir Manaf menerima maklumat bahawa sebanyak 80 tan bantuan di Kabupaten Bener Meriah, Aceh dipercayai hilang, menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu kekurangan bekalan logistik, lapor CNN Indonesia.

Menurut Muzakir Manaf, bantuan telah banyak disalurkan ke wilayah tersebut melalui laluan udara dan ditempatkan di Lapangan Terbang Rembele.

“Sebenarnya Bener Meriah, Aceh Tengah kalau kita fikir-fikir, sudah maksimum. Tapi bergantung juga di lapangan, sama ada ia disalurkan dengan betul atau tidak.

“Saya dengar khabar angin atau berita yang tidak sahih, kononnya ada 80 tan hilang entah ke mana. Kita turunkan semua di Bener Meriah,” kata Muzakir Manaf kepada wartawan.

Siasat Dulu Dakwaan Kehilangan Bantuan

Sehubungan itu, beliau telah meminta Pangdam Iskandar Muda dan Kapolda Aceh untuk menyiasat dakwaan kehilangan bantuan tersebut.

“Saya tidak tahu, kita periksa dulu betul atau tidak. Khabar angin yang baru kita dengar ini tidak boleh terus dipercayai. Nanti bersama Pangdam dan Kapolda kita akan siasat,” katanya.

Beliau turut berharap agar Bupati Bener Meriah dapat mengawal dan mengagihkan bantuan makanan asas kepada masyarakat dengan adil dan saksama supaya mereka dapat bertahan.

“Sebab kita tahu, Bener Meriah menjadi tempat penghantaran bantuan kerana di situ ada lapangan terbang yang boleh digunakan,” tambahnya.

Masalah lain di Bener Meriah dan Aceh Tengah ketika ini, kata Mualem, berkaitan dengan gangguan elektrik dan bekalan bahan api (BBM) yang sangat terhad, menyebabkan jentera berat dan kenderaan untuk menghantar bantuan tidak dapat beroperasi.

Ketua Pusat Data dan Informasi Posko Penanganan Bencana Hidrometeorologi Kabupaten Bener Meriah, Ilham Abdi, berkata pihaknya belum menerima maklumat mengenai kehilangan logistik di gudang posko.

Katanya, setiap kali ada penyumbang atau pihak yang menghantar logistik untuk masyarakat Bener Meriah, pihak posko akan mencatat, menilai destinasi bantuan tersebut, mengambilnya dari gudang kargo lapangan terbang, kemudian ditempatkan di gudang posko.

“Mengenai maklumat logistik yang hilang, untuk bantuan yang sudah masuk ke gudang logistik, boleh dipastikan tiada yang hilang.

“Di lapangan terbang, barang yang kami ambil hanyalah yang ditujukan kepada masyarakat Bener Meriah, diterima oleh petugas di Lapangan Terbang Rembele lalu dibawa ke gudang dengan kawalan.

“Sementara gudang kargo pula berada di bawah kendalian TNI AU yang bertugas di sana,” tambah Ilham ketika dihubungi.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Gabenor Aceh Umum Bantuan Dari Malaysia Bakal Tiba, Tidak Halang Bantuan Asing