Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Grab Malaysia memperkenalkan perkhidmatan GrabShuttle di Johor sebagai persediaan menyokong pelancaran Electric Train Service 3 (ETS3) yang bakal menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru mulai 12 Disember 2025.
Melalui model GrabShuttle, penumpang akan menikmati ‘last-mile connectivity’ yang lebih mudah dan selesa ke dan dari Stesen JB Sentral, sekali gus melengkapkan perjalanan dari pintu ke pintu dengan lebih lancar.
Grab berkata integrasi ini dijangka meningkatkan akses mobiliti untuk penduduk setempat serta pelancong, selain menyokong usaha kerajaan negeri dan pusat mempromosikan pelancongan bersempena Visit Malaysia 2026 dan Visit Johor 2026.
Grab berharap GrabShuttle menjadi pilihan mobiliti yang mampu milik, selamat dan mudah digunakan, selaras dengan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan pengangkutan rakyat serta melancarkan perjalanan harian komuniti.