Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Gelagat Gajah ‘Usik’ Penunggang Motor Tarik Perhatian Ramai

Sofea
gelagat gajah
Kredit: ridzaham14
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gelagat Gajah ‘Usik’ Penunggang Motor Tarik Perhatian Ramai

Setiap kali memandu kereta atau menunggang motosikal, kita sering dinasihatkan agar sentiasa membawa kenderaan itu dengan berhati-hati. Namun kadang kala ada perkara yang tidak terjangka berlaku di atas jalan raya walaupun kita sudah membawa kenderaan dengan cermat dan baik.

Mungkin dilanggar oleh kenderaan lain atau mungkin juga terpaksa berhadapan dengan haiwan liar.

Seperti yang dialami oleh seorang penunggang motosikal yang telah ‘diusik’ oleh seekor gajah.

BACA JUGA: Dipercayai ‘Kantoi’ Makan Tebu Di Sebuah Ladang, Anak Gajah Cuba Menyorok Di Sebalik Tiang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ridzaham14, gajah yang berada di dalam lori Perhilitan itu dilihat menjulurkan belalainya ketika penunggang tersebut berada di sisi lori.

Namun, beliau sempat mengelak dengan memecutkan motosikal dan mujur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan kebanyakan mereka terhibur melihat tingkah laku gajah tersebut kerana ia seakan-akan dilihat ingin ‘bergurau’ dengan penunggang terbabit.

“Dah dapat cium helmet, dia menari-nari ya”

“Kira nak mengusik ja noh”

“Imaginasi aku ni tinggi sangat ke? Kenapa aku duk risua abang tu dengan motor terangkat sebab gajah sedut”

“Dia ingat itu kura-kura kot”

“Syukur rider itu selamat”

“Dah buat orang tu cuak pastu gelakkan rider tu ek. Ingat taktau kau gelak cikjah”

Sumber: ridzaham14