Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Didesak Isytihar ‘Bencana Nasional’, Prabowo Tegaskan Mampu Tangani Banjir Sumatera
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan bahawa terdapat desakan agar banjir di Sumatera diisytiharkan sebagai Bencana Nasional, lapor Kumparan News.
Setakat ini, jumlah mangsa terkorban di Sumatera Barat, Sumatera Utara, dan Aceh telah melebihi 1,000 orang.
Prabowo turut menceritakan bahawa ramai ketua negara lain menawarkan bantuan untuk menangani bencana di Sumatera
“Saya telah dihubungi oleh ramai ketua negara yang ingin memberikan bantuan
“Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda, namun kami mampu. Indonesia mampu menangani ini,” kata beliau ketika Sidang Kabinet Paripurna di Istana Negara pada Isnin.
Dalam pada itu, Prabowo menegaskan bahawa keadaan kini terkawal dan beliau akan terus memantau proses rehabilitasi.
“Terdapat pihak yang menuntut agar bencana ini diisytiharkan sebagai Bencana Nasional
“Kami telah mengerahkan bantuan yang melibatkan tiga daripada 38 provinsi. Jadi, situasinya terkawal dan saya akan terus memantau,” ujar beliau lagi.
Prabowo menambah kerajaan telah merancang untuk menubuhkan sebuah badan atau Satgas Rehabilitasi Konstruksi dalam masa terdekat bagi membina penempatan sementara dan kediaman tetap.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa minggu depan, kerajaan Indonesia akan membina ribuan rumah di tiga wilayah yang terkesan dengan banjir dan tanah runtuh.
“Mulai minggu ini, kita akan membina 2,000 rumah. Kemungkinan rumah ini akan dijadikan kediaman tetap, melibatkan kerjasama semua pihak
“Jangan jadikan alasan berkaitan tanah dan sebagainya. Gunakan sahaja tanah milik negara yang tersedia,” ujarnya.
Sumber: Kumparan News