Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Anwar Zahir Harapan Anggota Pentadbiran Baharu Laksana Amanah Penuh Tanggungjawab

Athirah

Anwar Zahir Harapan Anggota Pentadbiran Baharu Laksana Amanah Penuh Tanggungjawab

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di sini.

Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Ucapan PM kepada barisan pimpinan

Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di X, beliau turut menzahirkan harapan agar semua individu yang diberikan amanah tersebut dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan dedikasi demi memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet MADANI sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara,” ujar hantaran itu lagi.

Enam timbalan menteri “naik pangkat”, satu muka baharu

BERNAMA melaporkan enam timbalan menteri dan satu muka baharu diangkat sebagai menteri penuh dalam pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan 11 portfolio itu memaklumkan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Pelantikan Mohamed Taufiq itu menggantikan penyandangnya Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Enam timbalan menteri yang “dinaikkan pangkat” pula ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli, dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustafa Sakmud mengambil tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

Turut diumumkan ialah pelantikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggantikan penyandangnya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti yang diadakan pada Mei lepas.

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Turut tersenarai ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan yang dilantik mengetuai Kementerian Sumber Manusia.

Beliau menggantikan penyandangnya Steven Sim yang ditukarkan ke jawatan sama di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan pula dilantik sebagai menteri penuh menggantikan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri ketika mengumumkan senarai baharu itu berkata langkah berkenaan dilakukan berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.

“Langkah ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi saluran stesen televisyen antaranya Bernama TV, serta platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang

Sumber: Anwar Ibrahim