Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siap Masuk TV, Macam Ni Rupanya Bila Bapa-Bapa Pergi “Meet & Greet” K-Pop
Bila sebut saja “K-pop”, ramai secara automatik akan mengaitkannya dengan remaja, Gen-Z atau peminat muda yang sanggup beratur berjam-jam dan hafal nama idola.
Seolah-olah muzik dan budaya ini hanya ‘hak’ golongan muda. Bahkan, ada yang beranggapan apabila semakin berumur, minat juga perlu berubah mengikut angka umur.
Sedangkan realitinya, minat itu lahir daripada jiwa dan tidak pernah mengenal usia. Apa yang kita suka akan tetap kita suka, walaupun rambut sudah beruban.
Baru-baru ni, media sosial ‘kecoh’ bila satu video tular memaparkan seorang pak cik steady hadir ke acara Meet & Greet kumpulan K-pop SEVENTEEN yang berlangsung di Malaysia.
Dikongsikan oleh si anak menerusi TikTok @bukokemano, difahamkan si ayah datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok kumpulan K-pop kegemarannya itu.
Lebih mencuit hati, gelagat si ayah sepanjang acara mendapat perhatian ramai. Bak kata netizen, “pak cik pun ada fandom sendiri”.
-link-
Untuk yang belum tahu, pak cik ni sebenarnya dikenali sebagai “Pak Cik Pizza”, hasil daripada bisnes pizza miliknya yang dah lama popular.
Tak hairanlah bila kehadiran beliau di event tersebut mendapat sambutan, siap ada yang tegur dan ajak bergambar.
Menjengah pula ke akaun TikTok Pak Cik Pizza sendiri, @imangolove2, memang meriah. Banyak video pengalaman beliau sepanjang menghadiri acara tersebut dikongsikan, termasuk momen teruja bila dapat jumpa idola kesayangan.
Siap bergurau panggil ahli SEVENTEEN sebagai ‘menantu’ lagi.
Seperti dijangka, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap positif beliau dan menganggap kehadiran Pak Cik Pizza sebagai satu ‘penyeri’ yang jarang dapat dilihat dalam acara sebegitu.
“Ya Allah, comelnya Pak Cik!”
“Siapa sebenarnya jemputan khas? Uncle ke Seventeen? Nampak macam meet and greet Uncle je…”
“Uncle, semua TikTok family Uncle dah lalu FYP saya.”
“Satu Bukit Bintang sorak untuk Pak Cik.”
BACA: Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Sahabat Pejuang Kanser, Buat Ramai Sebak
Sumber: TikTok @bukokemano, TikTok @imangolove2