Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Iqbal Yasir
hujan negeri awal pagi
Gambar: Bernama

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis serta WP Labuan diramal hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap selain di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“D Sabah pula termasuk Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Dua Wanita Korea ‘Cakap’ Pasal Malaysia, Jadi Perhatian