Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

ASB Isytihar Agihan Pendapatan 5.75 Sen Seunit
Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu sebanyak 5.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Menerusi satu kenyataan, ASNB berkata ia mengatasi penanda aras, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%.
“Jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit merupakan jumlah pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB mencecah RM206.7 bilion.
“Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam, hari yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember.
Ia akan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan atau ejen ASNB.
Sumber: ASNB