Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 2 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri, Perak, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
“Di Perak, hanya daerah Batang Padang diramal hujan. Manakala di Sarawak pula Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Beluru dan Telang Usan).
“Bagi Sabah, antara kawasan yang diramal hujan seperti Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod),” maklum MetMalaysia dalam satu kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia