Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mbappe Samai Rekod Gol Ronaldo 

Hannah
Mbappe Ronaldo
Gambar: AFP

Mbappe Samai Rekod Gol Ronaldo

Real Madrid menewaskan Sevilla 2-0 dalam aksi La Liga, dengan Kylian Mbappe menyamai rekod jaringan Cristiano Ronaldo bagi jumlah gol kelab dalam satu tahun kalendar.

Bintang Perancis itu menyamai rekod 59 gol yang dilakukan Ronaldo pada tahun 2013 selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Sebelum itu, Jude Bellingham turut meletakkan Real Madrid di hadapan menerusi tandukan pada separuh masa pertama.

Kemenangan ini membantu Real Madrid, yang berada di kedudukan kedua liga, merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang pendahulu Barcelona sebelum pasukan Catalan itu berdepan Villarreal.

“Untuk melakukan seperti yang dilakukan oleh Cristiano, idola saya, pemain terbaik dalam sejarah Real Madrid dan pemain terbaik dunia, ia satu penghormatan bagi saya,” kata Mbappe.

Kejayaan ini juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Real Madrid dalam semua pertandingan. Ia sekali gus sedikit meredakan tekanan terhadap jurulatih Xabi Alonso selepas pasukannya hanya mampu menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan sebelumnya dan prestasi dianggap masih belum memuaskan.

“Kami mempunyai sedikit masa sekarang untuk menganalisis dan merenungkan di mana kami berada sekarang.

“Kami mahu melakukan yang lebih baik, kami mengkritik diri sendiri, kami mendapat tiga mata dan sekarang kami akan menggunakan masa ini dan cuba memulakan tahun hadapan dengan lebih baik,” kata Alonso.

BACA: AFC Denda FAM, Faisal Halim

Sumber: Stadium Astro