Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Suami Dijemput Ilahi, Kisah Wanita Akhiri “TTC Journey” Runtun Hati Ramai

Hannah
TTC journey
Gambar: AI/ImageFX

Suami Dijemput Ilahi, Kisah Wanita Akhiri “TTC Journey” Runtun Hati Ramai

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menyimpan 1,001 impian bersama. Dari saat akad dilafazkan, mereka pastinya ingin hidup bahagia, bina keluarga dan menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

Bercakap soal anak, tidak semua pasangan beruntung dalam hal itu. Ada yang diuji menunggu bertahun lamanya, ada pula yang kecewa berkali-kali. Bahkan, mungkin ada juga yang sudah putus harapan dan hanya berserah pada takdir Allah SWT.

“TTC journey saya berakhir di sini…”

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang wanita yang meruntun hati ramai.

Bukan sahaja diuji belum dikurniakan anak. Malah, dia terpaksa menamatkan perjuangan TTC (Trying To Conceive) apabila suami tersayang pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi.

“TTC journey saya berakhir di sini, walaupun kami masih ada lagi berbaki 5 frozen embryo. Suami saya telah pergi menghadap Ilahi pagi semalam.

“Saya redha Ya Allah. Tidak mengapa, ada rezeki lain yang Kau dah susun untuk masa akan datang, kan?” tulisnya menerusi Threads @zieraazlan.

Hanya yang pernah menempuh perjalanan IVF atau rawatan kesuburan sahaja tahu betapa besarnya harapan yang diletakkan. Namun, apabila perjuangan itu terhenti, lebih perit kerana kehilangan pasangan hidup, luka itu pastinya jauh lebih dalam.

Bayangkan, harapan yang disimpan rapi kini hanya tinggal memori. Bukan sahaja kehilangan pasangan hidup, tetapi juga kehilangan masa depan yang dirancang bersama.

Al-fatihah. Semoga wanita-wanita hebat ini terus diberikan kekuatan.

BACA: Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami ‘Pergi’ 8 Jam Sebelum Akad Nikah

Sumber: Threads @zieraazlan