Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SWCorp Kongsi Cara Lapor Buang Sampah Mengikut Akta 672
Pernahkah anda terbaca atau menyaksikan pembuangan sampah merata-rata yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan kebersihan dan keselesaan persekitaran di kawasan anda?
Di Malaysia, terdapat tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan yang secara khusus menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Negeri dan wilayah tersebut ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan bukan sahaja penting untuk memastikan kehidupan harian yang selesa dan nyaman malah ia turut memberi kesan besar terhadap pemeliharaan alam sekitar serta kesihatan awam secara keseluruhan.
Oleh itu, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui laman Facebook mereka telah menyeru orang ramai agar lebih proaktif dan berani melaporkan sebarang perbuatan buang sampah merata-rata yang jelas melanggar undang-undang.
Dengan tindakan ini, pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya dan kawasan persekitaran dapat dijaga dengan lebih berkesan.
1. Rakam bukti kejadian dengan mengambil gambar atau video
Langkah pertama yang perlu diambil apabila anda menyaksikan perbuatan membuang sampah secara haram ialah memastikan bahawa anda mempunyai bukti yang jelas dan lengkap mengenai kejadian tersebut.
Bukti ini boleh dirakam dalam bentuk gambar atau video. Ia juga adalah penting untuk memastikan rakaman tersebut menunjukkan dengan jelas perbuatan yang dilakukan. Bukti visual sebegini akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dengan lebih cepat dan tepat.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai rujukan rasmi sekiranya kes tersebut perlu dibawa ke peringkat pengadilan atau tindakan undang-undang yang lebih serius.
Tanpa bukti yang kukuh, proses penguatkuasaan undang-undang mungkin akan menghadapi kesukaran. Akibatnya peluang untuk pesalah dikenakan tindakan boleh menjadi terhad atau terbantut.
Seterusnya, sebagai individu yang ingin menegakkan peraturan dan berperanan dalam menjaga kebersihan, anda juga perlu bersedia untuk tampil menjadi saksi.
Ini penting sekiranya pihak berkuasa memerlukan keterangan tambahan mengenai kejadian tersebut. Kehadiran anda sebagai saksi akan memberikan kepastian tentang apa yang berlaku termasuk identiti pelaku, lokasi dan masa kejadian.
Selain itu, ia juga menunjukkan tanggungjawab sosial yang tinggi serta kesungguhan masyarakat dalam memastikan kawasan persekitaran kekal bersih, selamat dan menyenangkan untuk semua.
Kesediaan untuk tampil sebagai saksi akan memperkukuhkan sistem penguatkuasaan undang-undang. Selain itu, ia juga memberi impak positif terhadap usaha berterusan menjaga kebersihan awam secara kolektif.
3. Nyatakan lokasi dan waktu kejadian dengan terperinci
Selain itu, maklumat yang tepat mengenai lokasi serta masa kejadian buang sampah adalah sangat kritikal bagi pihak SWCorp untuk menjalankan siasatan dengan efisien dan berkesan.
Semakin lengkap dan terperinci maklumat yang diberikan oleh orang ramai, semakin mudah pihak berkuasa mengesan pesalah dan mengambil tindakan sewajarnya.
Oleh itu, pastikan anda mencatat atau menyimpan butiran lengkap. Contohnya seperti alamat kawasan, titik lokasi serta waktu perbuatan dilakukan.
Maklumat yang tepat ini akan membolehkan laporan yang disalurkan bukan sahaja diterima dengan serius tetapi juga meningkatkan peluang tindakan susulan dilakukan dengan lebih cepat dan tuntas.
Ianya sekaligus dapat memberi mesej yang jelas bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata tidak akan ditoleransi.
Akhir sekali, untuk menyalurkan aduan atau laporan kepada pihak berkuasa, orang ramai boleh menggunakan saluran WhatsApp rasmi SWCorp di nombor 013-210 7472.
Ini akan membolehkan laporan diterima dan di ambil tindakan dengan segera. Selain itu, pihak SWCorp juga aktif di laman Facebook rasmi mereka. Di mana orang ramai boleh berkongsi maklumat, gambar dan video berkaitan buang sampah yang berlaku di kawasan masing-masing.
Melalui perkongsian di laman Facebook ini, pihak SWCorp bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menjaga kebersihan malah ia juga memudahkan komunikasi antara masyarakat dan pihak berkuasa.
Keadaan ini akan menjadikan proses pengawasan dan tindakan terhadap pelaku lebih berkesan serta tersusun.
Kesimpulannya, penglibatan masyarakat secara aktif amat penting dalam usaha memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terjaga.
Dengan mengambil inisiatif untuk menyalurkan aduan melalui WhatsApp atau Facebook SWCorp, setiap individu sebenarnya memainkan peranan proaktif dalam membanteras perbuatan buang sampah merata-rata.
Tindakan kecil yang konsisten seperti ini dapat membantu memelihara kebersihan, menegakkan undang-undang dan memberi kesedaran kepada masyarakat.
Selain itu, ia juga membentuk budaya masyarakat yang bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa depan.
BACA : Jangan Abaikan, Ini 8 Tanda Jantung Anda Mungkin Tersumbat