Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

6 Benda Korang ‘Wajib’ Buat Bila Tersilap Isi Minyak Kereta
Antara kesilapan yang jarang berlaku tapi boleh terjadi dalam kalangan pemilik kenderaan adalah tersilap mengisi minyak diesel ke dalam kereta petrol, atau sebaliknya.
Walaupun perkara ini boleh mendatangkan risiko, anda tidak perlu panik. Berikut merupakan enam langkah penting yang perlu diambil sekiranya situasi ini berlaku kepada anda.
Langkah paling utama ialah jangan sesekali menghidupkan enjin. Menghidupkan enjin boleh menyebabkan minyak diesel masuk ke dalam sistem enjin dan berpotensi merosakkan komponen utama kenderaan.
Segera hubungi mekanik yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Jika tidak mempunyai nombor mekanik, anda boleh membuat carian melalui internet atau bertanya kepada pihak insurans kereta anda.
Kenderaan anda tidak boleh dipandu. Oleh itu, hubungi perkhidmatan tunda untuk membawa kereta ke bengkel. Kebanyakan syarikat insurans menyediakan perkhidmatan ini, jadi hubungi ejen insurans anda untuk urusan lanjut.
Setibanya di bengkel, mekanik akan menurunkan tangki minyak dan mengeluarkan semua minyak yang telah dimasukkan. Walaupun mungkin menyebabkan kerugian, langkah ini penting untuk mengelakkan kerosakan lebih serius.
Selepas minyak dikeluarkan, mekanik akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan tiada komponen enjin yang rosak akibat pencemaran bahan api.
Apabila proses selesai dan kereta disahkan selamat digunakan, anda boleh mengisi semula minyak yang sesuai mengikut spesifikasi kenderaan sebelum memandu seperti biasa.
Ingat, dengan tindakan yang tepat, kerosakan dapat diminimumkan dan kenderaan anda boleh kembali digunakan dengan selamat.
BACA: Ambil Tahu, Ini 10 Punca Kereta Anda Boleh Terbakar
Sumber: Altimat Saujana Utama