Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa kawasan hingga 29 Disember (Isnin) ini.
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Selain itu, keadaan sama dijangka berlaku di Terengganu membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Selain itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Manakala, Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin,” maklum METMalaysia.
Tambah METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Johor.
“Daerah terlibat di Kelantan adalah Gua Musang, manakala Pahang membabitkan Jerantut, Maran dan Bera serta Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: MyKasih Tukar Kaedah OTP SMS Kepada OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026
Sumber: METMalaysia