Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Terharu, Abang Rider Kongsi Terima Surat Dari ‘Customer Kecik’

Hannah
surat abang rider
Gambar: TikTok @rith_sani

Terharu, Abang Rider Kongsi Terima Surat Dari ‘Customer Kecik’

Dalam dunia sekarang, kerja bukan lagi soal pilihan semata-mata, tetapi soal tanggungjawab. Apa sahaja yang mampu dilakukan untuk mencari rezeki halal, itulah yang akan diusahakan.

Setiap orang ada jalan hidup dan perjuangan tersendiri. Ada yang berjuang demi keluarga, ada yang berkorban demi impian. Walau letih, walau penat, semuanya ditelan demi kelangsungan hidup.

Tular ‘surat apresiasi’ untuk abang rider

Bayangkan, pada saat kita tengah penat bekerja, tiba-tiba dapat satu ‘hadiah’ kecil daripada seseorang yang bahkan tak pernah kita kenal. Bukan hadiah mahal pun, tapi cukup untuk buat hati jadi kuat semula.

Itulah yang dialami oleh seorang abang rider ini, apabila perkongsiannya menarik perhatian ramai.

Menerusi TikTok, abang rider tersebut berkongsi isi surat daripada seorang pelanggan cilik. Walaupun ringkas, namun setiap patah perkataan dalam nota itu cukup menyentuh hati.

“Terima kasih abang Foodpanda. Terima kasih untuk menghantar makanan untuk kami waktu sedang cuti sekolah. Abang sangat hebat!!! Kalau saya…saya penat tau!!! Abang pula, hebat sangat!! Semoga abang murah rezeki,” coretan surat itu.

Gambar: TikTok @rith_sani

Ramai yang membaca isi surat itu mengakui turut merasa tersentuh dengan ‘kehangatan’ dalam nota kecil itu.

“Seorang terima, semua rasa. #HidupGengFoodRider”

“Hadiah paling berharga bang. Semoga abang dimurahkan rezeki selalu.”

“Aku rider tak sejati pun nangis, apatah lagi korang rider sejati…”

“Tengoklah apa yang adik ni belajar dari cerita Papa Zola…” – Netizen

Bila masuk ke ruangan komen, rata-rata netizen sepakat, mereka percaya inilah kesan baik daripada filem tempatan kegemaran ramai sekarang, Papa Zola The Movie.

Bukan sekadar hiburan, filem ini berjaya menyampaikan mesej yang kuat tentang nilai menghargai orang yang bekerja keras.

Tak hairanlah apabila filem ini mencatat kutipan memberangsangkan sejak tayangan bermula pada 11 Disember lalu.

Terbitan Monsta Studio bersama Astro Shaw, Papa Zola bukan sahaja mencuri hati kanak-kanak, malah berjaya menyentuh jiwa penonton dewasa.

BACA: Wanita Share Pengalaman CT Scan, Rasa Sakit Buat Ramai ‘Kecut Perut’

Sumber: TikTok @rith_sani