Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: ImageFX

Bahaya Somnambulisme, Ini Gejala Yang Anda Kena Tahu

Aina Munirah

Bahaya Somnambulisme, Ini Gejala Yang Anda Kena Tahu

Umum mengetahui bahawa tidur merupakan salah satu keperluan asas yang sangat penting bagi kesihatan fizikal dan mental seseorang. Hal inI kerana, ketika kita tidur, tubuh kita berpeluang untuk rehat dan memulihkan tenaga serta memperbaiki sel yang rosak.

Namun begitu, tidak semua individu mampu menikmati tidur yang berkualiti dan cukup. Tidak dinafikan juga terdapat pelbagai masalah atau gangguan yang boleh berlaku sewaktu seseorang itu sedang tidur.

Sebagai contoh, masalah tidur sambil berjalan. Kebanyakan orang yang mengalami masalah ini tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan aktiviti lain sewaktu mereka tidur.

Ia merupakan masalah yang boleh menganggu kualiti tidur dan tidak boleh dipandang ringan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Perihal somnambulisme

Somnabulisme merupakan penyakit yang melibatkan tingkah laku yang kompleks semasa tidur menyebabkan berlakunya pergerakan yang tidak normal bagi individu yang tidur termasuklah berjalan.

Insiden yang berlaku antara 2 hingga 14 peratus dan pada kebanyakan kes, ia tidak berbahaya

Walaupun kebanyakan kanak-kanak yang menghidap somnambulisme akan sembuh apabila mereka melangkah ke alam dewasa, sekurang-kurangnya 25% daripada mereka masih mempunyai masalah tersebut ketika dewasa.

Walaupun tidak berbahaya, perkara ini telah menarik perhatian pakar tidur memandangkan tidur penting untuk perkembangan otak, memori dan tumbesaran badan yang sihat.

Kanak-kanak yang mengalami somnabulisme kronik kebiasaannya mempunyai masalah tidur, masalah tingkah laku atau mempunyai masalah berkaitan dengan kestabilan emosi.

Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah kebanyakan ibu bapa tidak membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan doktor. Fenomena ini sering dikaitkan dengan fenomena paranormal yang sering dirawat dengan rawatan tradisional.

Jika perkara ini disebabkan oleh masalah kesihatan seperti apnea tidur atau narkolepsi (masalah neurologikal kronik berkaitan dengan masalah pengawal aturan kitaran tidur jaga), kanak-kanak tersebut memerlukan pemeriksaan kesihatan yang teliti dan rawatan susulan.

Simptom somnambulisme

Mereka yang mempunyai masalah somnambulisme kebiasaannya akan mengalami simptom penyakit tersebut untuk beberapa minit.

Antara simptom yang berkait dengan masalah somnambulisme adalah seperti berikut:

  • Turun dari katil dan berjalan

  • Terduduk di atas katil dengan mata terbuka

  • Bercakap keseorangan

  • Tidak memberikan sebarang tindak balas atau berkomunikasi dengan individu lain

  • Sukar untuk dikejutkan ketika episod somnambulisme

  • Keliru atau kelihatan keruan apabila dikejutkan

  • Tidak mempunyai memori berkaitan dengan episod somnambulisme

  • Mempunyai tanda-tanda kurang tidur seperti lemah, tidak bertenaga dan mempunyai masalah untuk menjalankan tugas harian

  • Mengalami mimpi buruk

Bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan sewaktu episod somnambulisme, pengelasan risiko boleh dibahagikan kepada 3:

  • Tidak berbahaya (duduk dengan mata terbuka, bercakap ketika tidur)

  • Berpotensi untuk berbahaya (berjalan-jalan di luar rumah)

  • Kelakuan tidak sepatutnya (membuka pintu almari dan kencing di dalamnya)

Pengelasan tersebut penting kerana ia boleh mempengaruhi kualiti hidup individu yang mengalaminya serta mereka yang tinggal bersama dengannya.

Punca somnambulisme (tidur berjalan)

Walaupun kebanyakan kanak-kanak yang menghidap somnambulisme akan sembuh apabila mereka melangkah ke alam dewasa, sekurang-kurangnya 25% daripada mereka masih mempunyai masalah tersebut ketika dewasa.

Walaupun tidak berbahaya, perkara ini telah menarik perhatian pakar tidur memandangkan tidur penting untuk perkembangan otak, memori dan tumbesaran badan yang sihat.

Kanak-kanak yang mengalami somnabulisme kronik kebiasaannya mempunyai masalah tidur, masalah tingkah laku atau mempunyai masalah berkaitan dengan kestabilan emosi.

Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah kebanyakan ibu bapa tidak membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan doktor. Fenomena ini sering dikaitkan dengan fenomena paranormal yang sering dirawat dengan rawatan tradisional.

Jika perkara ini disebabkan oleh masalah kesihatan seperti apnea tidur atau narkolepsi (masalah neurologikal kronik berkaitan dengan masalah pengawal aturan kitaran tidur jaga), kanak-kanak tersebut memerlukan pemeriksaan kesihatan yang teliti dan rawatan susulan.

BACA: Enam Fakta & Mitos Makanan Organik Anda Wajib Tahu

Diagnos somnambulisme (tidur berjalan)

Walaupun diagnosis somnambulisme boleh dibuat secara klinikal, maklumat daripada ibu bapa atau penjaga boleh membantu dalam diagnosis somnambulisme. Jika tiada punca masalah kesihatan yang dapat didiagnosis, penyakit tersebut tidak memerlukan sebarang rawatan.

Namun, jika pemeriksaan kesihatan menunjukkan terdapatnya penyakit yang berkemungkinan menyumbang kepada somnambulisme, rawatan kepada keadaan tersebut perlu dijalankan.

Ujian tidur boleh dijalankan di makmal tidur bagi mengenal pasti jika terdapat permasalahan terhadap fungsi otak anak anda seperti sawan yang boleh menyerupai tidur berjalan.

Beberapa elektrod akan dipasang pada tubuh anak anda bagi memantau kadar degupan nadi, gelombang otak, kadar pernafasan, pergerakan mata, pergerakan kaki dan paras oksigen di dalam darah.

Kamera juga akan digunakan bagi merekodkan pergerakan anak anda untuk tujuan perbincangan dan tindakan susulan.

BACA: Bahaya Kudis Api, Ibu Bapa Wajib Tahu Punca & Cara Rawatan

Jika masalah somnambulisme tidak menunjukkan punca yang nyata dan ia memberikan kesan negatif terhadap kualiti hidup individu tersebut, teknik kejut secara berkala boleh digunakan. la melibatkan pemerhatian ibu bapa berkenaan. dengan masa spesifik terjadinya fenomena tersebut.

Pada malam berikutnya, anak akan dikejutkan 15 minit sebelum waktu anggaran terjadinya masalah tersebut. Teknik ini bukan sahaja dapat mengatur semula kitaran tidur anak anda, malah ia sedikit sebanyak boleh membantu simptom tidur berjalan anak anda.

Bergantung kepada keputusan penilaian klinikal anak anda, rawatan, jika perlu, akan diberikan berdasarkan kepada diagnosis yang mempunyai potensi untuk menyebabkan masalah tidur berjalan tersebut.

Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kecederaan

Fenomena tidur berjalan ini membuatkan anak anda terdedah untuk mendapat kecederaan disebabkan oleh keadaan persekitaran. Beberapa langkah boleh diambil bagi membendung permasalahan ini. Antaranya adalah:

  • Tutup dan kunci kesemua pintu dan tingkap sebelum tidur

  • Mengalihkan barangan tajam yang berisiko untuk dipijak oleh anak anda semasa mengalami episod tersebut

  • Elakkan daripada membeli katil dua tingkat bagi mengurangkan risiko jatuh katil

  • Pasangkan pagar keselamatan pada pintu untuk mengelakkan anak anda daripada berjalan keluar pada waktu malam

  • Jika anda mempunyai pemanas air mandi, turunkan suhunya untuk mengelakkan kecederaan kebakaran

  • Elakkan daripada meletakkan kunci rumah di tempat yang mudah dijumpai

Oleh sebab masalah somnabulisme berlaku kerana tabiat tidur yang tidak teratur, berikut merupakan perkara yang boleh anda terapkan pada diri anak anda:

  • Tidur awal pada waktu yang sama setiap malam

  • Ajarkan rutin sebelum tidur yang menenangkan seperti membaca buku

  • Tidur dalam bilik yang selesa, senyap dan gelap

  • Pastikan suhu bilik berada mada 24 darjah selsius maksimum

  • Pastikan anak anda membuang air kecil sebelum tidur

  • Elakkan daripada mengambil minuman berkafein atau bergula sebelum tidur

Konklusi

Somnambulisme tidak mempunyai rawatan khusus namun anda perlu membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Banyak keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan masalah somnambulisme.

Jika anda bertemu dengan anak anda yang sedang berjalan sambil tidur, pimpin tangannya dan tarik secara lembut ke arah katil mereka. Jika tiada masalah kesihatan, tabiat tersebut kebiasaannya hilang apabila usia anak anda semakin meningkat.

BACA: Bahaya Kencing Kotor, Ketahui Risiko, Punca & Langkah Berjaga-Jaga

Sumber: Hello Doktor