Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kejayaan Luar Biasa, Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al-Hafiz & Al-Hafizah

Azzwin
Kredit: @akademiakmal via TikTok

Kejayaan Luar Biasa, Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al-Hafiz & Al-Hafizah

Setiap ibu bapa sudah pasti mengimpikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Dari saat mereka lahir, harapan dan doa tidak pernah putus agar anak-anak membesar menjadi insan yang berakhlak mulia.

Bagi yang beragama Islam, sudah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah.

Umum ketahui, gelaran al-Hafiz dan al-Hafizah bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Dalam proses ini, sokongan dan dorongan daripada keluarga adalah kunci utama

Anak-anak bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di TikTok apabila empat orang anak dalam sebuah keluarga berjaya mendapatkan gelaran al-Hafiz dan al-Hafizah al-Quran.

Menerusi hantaran rasmi di akaun TikTok @akademiakmal, Wan Muhammad Alwa’ez dimaklumkan sebagai anak keempat dalam keluarga tersebut yang berjaya bergelar al-Hafiz.

Manakala tiga orang kakaknya pula difahamkan sedang membuat persiapan bagi syahadah 30 juzuk di akademi yang sama.

Dalam masa yang sama, pihak akademi turut mengucapkan tahniah kepada ibu atau bapa kepada keempat-empat anak berkenaan, yang ditandai menerusi akaun TikTok @wanazuadi di ruangan kapsyen.

Ucapan tersebut dilihat sebagai penghargaan terhadap peranan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak-anak sehingga berjaya.

Melalui video tersebut, ibu bapa pelajar tersebut tidak dapat menahan emosi dan bersyukur atas kejayaan berkenaan.

Video tersebut mencecah 62 ribu tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Kebanyakannya mendoakan dan kagum dengan cara didikan kedua ibu bapa tersebut.

“Semoga dengan izin Allah, anak-anak ni akan pakaikan mahkota emas dekat ibu bapa di akhirat nanti,”

“Tahniah buat kedua ibu bapa. Hebat didikan mereka untuk membentuk anak-anak yang menjadi seorang Hafiz dan Hafizah. Subhanallah,”

“Ma sha Allah tabarakallah ibu ayah yang berjaya mendidik. Semoga satu hari nanti kita akan menjadi ibu ayah yang baik buat dunia akhirat keluarga amin,”

“Tahniah mujahid Waez. Sungguh mujahadah dan kegigihan jadi asbab kepada kejayaan anda. Semoga terus menjaga al-Quran dan mengejar impian syahadah,”

BACA: Selepas 12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama
BACA: Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran

Sumber: @akademiakmal via TikTok