Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Badang Kinabalu’ Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Gambar: foto tular

‘Badang Kinabalu’ Meninggal Dunia

Pernah tular gambar mengangkat tangki air biru seberat 50 kilogram suatu ketika dahulu, seorang porter Gunung Kinabalu, Abbie Intang, 68, juga digelar ‘Badang Kinabalu’ meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh anak Allahyarham Eppa Abbie di Facebook pada Sabtu.

“Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang amat sedih, saya ingin memaklumkan bahawa bapa tercinta kami telah kembali ke rahmatullah pada 27/12/2025 pada jam 4.39 pagi.

“Kami sekeluarga memohon jasa baik semua agar dapat mendoakan keampunan dan rahmat buat arwah.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal kebaikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Segala doa dan sokongan amat kami hargai. Al-Fatihah,” luah anaknya.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah oleh seluruh komuniti pendaki yang pernah menikmati kemudahan di puncak gunung hasil titik peluhnya.

Untuk makluman, Allahyarham berasal dari Kampung Pinosuk, Kundasang dan pernah menjadi tulang belakang operasi pendakian gunung tertinggi di rantau ini.

Allahyarham mula menjadi bualan ramai selepas gambar tularnya mengangkat tangki air biru seberat 50 kilogram untuk dihantar ke Laban Rata pada 2005.

Selain itu, Allahyarham juga pernah digelar ‘M. Nasir Kinabalu’ oleh rakan-rakan seperjuangan dan para pendaki kerana wajahnya yang dikatakan mirip komposer terkenal tanah air itu.

Sepanjang perkhidmatannya, rutin harian Abbie mendaki Timpohon Gate ke Laban Rata dengan jarak sekitar 6 kilometer (km) sambil memikul tong air 600 liter (33kg) dan dua tong gas (64kg) pada hari sama.

Berat barangan yang pernah dipikul Allahyarham bateri kereta seberat 80kg.

Biarpun Allahyarham telah pergi buat selama-lamanya, namun jasa dan keringatnya terus terpahat dalam sejarah Gunung Kinabalu.

Sumber: Facebook Eppa Abbie, Tempat-Tempat Menarik Di Sabah

BACA: Kejayaan Luar Biasa, Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al-Hafiz & Al-Hafizah

BACA: Rumah Wangi Macam Bedak Baby Hanya Guna Dua Bahan Ini Je

BACA: Di Sebalik Kepimpinan Tegas, Gelagat PM Anwar Bergurau & Mengusik Orang Ramai Jadi Sorotan