Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ringgit ‘Naik Gila’ Buat Pekerja Indonesia Tepuk Dahi

Iqbal Yasir
ringgit naik pekerja indonesia
Gambar: Bernama

Ringgit ‘Naik Gila’ Buat Pekerja Indonesia Tepuk Dahi

Berbaki sehari lagi tahun 2025 bakal melabuhkan tirai, pelbagai kejayaan telah dikecapi Malaysia sepanjang tahun ini.

Lebih manis, nilai mata wang Ringgit Malaysia (MYR) juga ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain.

Malah prestasi mata wang tempatan terbaik berbanding mata wang negara anggota ASEAN lain. Situasi ini sudah tentunya mengukir senyuman rakyat Malaysia.

‘Pejuang Ringgit’ Senyum Lebar

Sementara itu, bagi ribuan warga asing termasuk warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, ibarat satu kegembiraan.

Mana tidaknya, dengan pengukuhan mata wang Ringgit ini ibarat satu ‘bonus’ terhadap mereka.

Tidak perlu bersusah payah kerja lebih masa demi meraih sesuap nasi. Malah hasil gaji yang dikirim pulang ke kampung halaman kini jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Ia sekali gus mengukir senyuman di balik wajah mereka dan keluarga yang terpaksa berjauhan di sana.

Pekerja Indonesia Gembira Ringgit Mengukuh

Itulah yang dikongsikan oleh warga Indonesia yang bekerja di Malaysia menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok.

Dalam klip berkenaan, dia mendedahkan gajinya melonjak drastik pada ketika ini.

“Secara tidak langsung, gaji saya setahun ini naik 14 peratus di Malaysia,” kongsinya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh netizen Indonesia. Sebahagiannya turut tumpang gembira dengan perkara itu.

Apatah lagi, kebanyakan golongan muda Indonesia merantau ke Malaysia demi mencari pekerjaan yang lebih baik.

Perkara ini secara tidak langsung membantu mereka untuk meraih pendapatan yang lumayan dan boleh membawa pulang wang dengan jumlah yang lebih besar ke Indonesia.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang meluahkan rasa sedih mengenangkan mata wang negara sendiri.

Berikut antara komen warga maya;

“Sama lagi kita, antara senang tapi sedih juga,” komen seorang pengguna.

“Ringgit Naik Terus Mas,” komen seorang lagi.

“Kerja keraslah, kira target IDR5000 = RM1 akhir 2026,” tulis pengguna lain.

Sumber: TikTok @azainudin21

BACA: Buang Sampah, Meludah Di Tempat Awam Di Sekitar Ibu Kota Bakal Didenda RM2,000