Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

2026: Kerajaan Akan Terus Bekerja Dengan Amanah, Keberanian Dan Ihsan – PM Anwar
PUTRAJAYA — Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran.
Ia demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 di Facebook rasminya.
“Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.
“Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.
“Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur,” katanya.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim