Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minta Netizen Sunting Gambar, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”
Zaman sekarang, telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej. Ia dah jadi macam kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.
Contohnya, dahulu jika kita ingin menyunting gambar, kita perlu menggunakan komputer atau mengupah pakar dalam bidang grafik.
Namun kini, sesiapa sahaja mampu melakukannya sendiri hanya menggunakan aplikasi penyuntingan yang tersedia dalam telefon.
Terdapat pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.
Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang mencuri tumpuan di Threads baru-baru ini. Dalam satu hantaran, dia memuat naik gambarnya, dengan satu permintaan.
“Banyak-banyak gambar, ni je yang okay tapi itulah vitagen lalu pula. Tolonglah hilangkan lori vitagen tu…,” katanya sambil berkongsi gambar asal yang dimintanya untuk disunting.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya. Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.





Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen tidak dapat menahan rasa geli hati sebaik sahaja melihat hantaran berkenaan.
Rata-rata mengakui mereka memang menantikan “posting” edit gambar macam ni kerana sudah dapat menjangka pelbagai komen lucu yang bakal memenuhi ruangan komen.
Tidak kurang juga yang mengakui akan menjadi orang pertama yang ‘menyibuk’ jika ada yang meminta bantuan mengedit gambar.
“Saya suka post macam ni sebab confirm komen tak waras semua…”
“Aku kalau ada yang suruh edit kan memang laju-laju pergi komen…”
“Aku dah agak dah kalau post macam ni buka komennya HAHAHA bencilah… Pagi-pagi ni mood mengantuk lagi tau tak suka gelak tapi terpaksa gelak…”
BACA: Geng Suami Sampai Pening Kepala Layan Telatah Isteri Memasing
Sumber: Threads @niyahshah.j