Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lima Negeri, Dua Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah dijangka hujan.
Sementara seluruh kawasan di Melaka, WP Putrajaya dan WP Labuan juga diramal hujan.
“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan, tiga daerah dijangka hujan seperti Seremban, Port Dickson dan Rembau. Selain di Johor termasuk daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan seperti Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia