Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tiba-Tiba Bau Wangi Dalam Hutan, Rupanya Datang Dari Sini

Azizah Najib
bau wangi hutan
Kredit: Gambar AI via ImageFX
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tiba-Tiba Bau Wangi Dalam Hutan, Rupanya Datang Dari Sini

Mendaki dan berkhemah di hutan merupakan aktiviti yang sudah tidak asing bagi kebanyakan daripada kita. Terutamanya bagi mereka yang sudah mula berjinak sejak dari bangku sekolah, pengembaraan merentas alam semula jadi umpama pengubat jiwa.

Biarpun begitu, pengalaman berada jauh dari kesibukan bandar sering mengundang pelbagai persoalan dan andaian, terutama apabila kita berdepan kejadian luar biasa. Disebabkan hutan bukan merupakan tempat yang biasa dijejaki, kawasan ini sering dikaitkan dengan kisah-kisah mistik.

Mungkin ada antara pembaca yang pernah terhidu bau wangi ketika melakukan aktiviti trekking atau berkhemah di hutan dan mengaitkannya dengan gangguan makhluk halus. Jangan seram dulu. Rupa-rupanya, bau wangi ini ada puncanya.

Ikuti penjelasan pengguna Thread @sirhutan berikut.

Menurutnya, pokok yang mengeluarkan bau wangi ini dikenali dengan nama saintifik Cyrtophyllum fragrans (famili Gentianaceae).

“Sebenarnya, itu bukan hantu. (Bau wangi) itu adalah Pokok Tembusu (Cyrtophyllum fragrans) tengah buat networking malam,” jelasnya memulakan perkongsian.

Kredit: Thread @sirhutan

Menurut lelaki tersebut, pokok ini boleh dikenali menerusi beberapa ciri unik. Antara yang paling jelas ialah tangkai daun pokok berkenaan.

“Ada ciri Intrapetiolar stipules, macam sarung kecil yang peluk batang kat pangkal daun tu. ​Ciri ni rare dan cuma ada kat spesies tertentu je. Sangat spesifik,” hurainya.

Difahamkan, pokok dari spesis mekar selepas senja ini mempunyai ‘jam biologi’ yang sangat tepat.

“Bila matahari mula hilang, dia akan lepaskan volatile organic compounds (bau wangi gila tu) secara maksimum,” tambahnya lagi.

Katanya, bau wangi itu berfungsi untuk memikat kelawar buah dan rama-rama malam menjadi ejen pendebungaan. Bunga yang berwarna putih lembut dikatakan bertindak seperti pemantul cahaya bulan manakala bau wangi sebagai isyarat kimia yang ‘memanggil’ serangga.

“Jadi, kalau korang bau wangi lepas ni, tak payah la seram sangat sampai lari tinggalkan khemah. Tu tanda ekosistem hutan kita tengah ‘bekerja’,” ulasnya mengakhiri perkongsian.

BACA: Kini Dibuka, Ini Cara Mohon Geran Agropreneur NextGen

BACA: Bukan Peringatan Biasa, Jurutera Perisian Jelaskan Maksud “Encrypted” Di WhatsApp

Sumber: Thread @sirhutan