Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Arif Aiman Tempat Keempat Dalam Senarai “Most Successful Dribbles”
Bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi disenaraikan sebagai pemain keempat dengan ‘successful dribbles’ terbanyak dalam liga divisyen satu seluruh dunia.
Senarai itu telah dikeluarkan oleh Sofascore menerusi laman sosial mereka pada Jumaat.
Menerusi senarai tersebut, Arif yang bermain dalam 35 perlawanan mencatat 224 dribbles.
Arif berada dalam senarai yang sama dengan pemain muda Barcelona, Lamine Yamal yang menduduki tangga pertama.
Tempat kedua pula ialah Guilherme Smith dari kelab Royale Union Saint-Gilloise, manakala di tempat ketiga ialah Jose Mario Pinto dari kelab C.D Olimpia.

Imbas kembali, Arif yang kini berusia 24 tahun mencipta sejarah selepas menjadi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
AFC dalam kenyataan pada September 2025 memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu bersaing hebat dengan dua nama besar di benua ini iaitu pemenang Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023, Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.
Sumber: Sofascore