Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

JSPT Beri Amaran Mengenai “Scam” Laman Web Mirip MyBayar PDRM
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dengan taktik penipuan yang menggunakan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau MyBayar PDRM.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM berkata penipuan itu melibatkan tunggakan bayaran tol atau kesalahan trafik.
Modus operandi penipuan tersebut adalah pengguna akan menerima mesej bersama satu pautan yang membawa kepada paparan laman web seolah-olah laman rasmi PDRM.
Pihak tidak bertanggungjawab itu juga akan meminta pengguna untuk klik pada “Pay Now” dan isi maklumat peribadi atau bank.


“PDRM atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan menghantar notis bayaran melalui pautan rawak atau WhatsApp.
“Jangan klik pautan tersebut dan jangan masukkan maklumat perbankan,” katanya.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengesahkan maklumat hanya melalui laman web rasmi atau kaunter kerajaan.
Jika terdapat sebarang masalah, laporkan kepada PDRM atau CCID Scam Response Center.