Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

KBS Menyokong Sepenuhnya Amanat YAB Perdana Dalam Membangunkan Aspirasi Kerajaan MADANI
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh segala amanat, hala tuju dan penegasan yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada 5 Januari 2026.
KBS menyambut baik penekanan YAB Perdana Menteri terhadap pengukuhan tadbir urus Kerajaan, pemerkasaan integriti penjawat awam, budaya kerja berprestasi tinggi serta keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.
Sejajar dengan amanat tersebut, KBS komited untuk terus memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan negara melalui pelaksanaan dasar, program dan inisiatif yang berfokus kepada kesejahteraan belia, pembudayaan sukan, kecemerlangan atlet serta pengukuhan ekosistem industri sukan yang inklusif dan mampan.
KBS turut menyokong sepenuhnya penekanan YAB Perdana Menteri terhadap pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara.
Kementerian ini akan terus memperkukuh peranan institusi belia dan sukan di bawah KBS dalam menyediakan latihan kemahiran, peningkatan kebolehpasaran serta laluan kerjaya berasaskan TVET yang relevan dengan keperluan industri, termasuk sektor sukan dan keusahawanan.
Dalam memastikan prinsip keadilan sosial Kerajaan MADANI terus diperkukuh, KBS memberi penegasan khusus kepada usaha membantu belia daripada golongan B40 agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
KBS menyokong pelaksanaan dan penambahbaikan bantuan-bantuan bersasar Kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas yang akan dikreditkan pada 9 Februari, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 sehingga RM500 akan dikreditkan bermula 20 Januari ini serta inisiatif bantuan lain yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup dan menjamin kesejahteraan golongan belia berpendapatan rendah.
KBS juga komited untuk memastikan setiap warga kementerian menghayati nilai profesionalisme, akauntabiliti dan semangat kerja berpasukan seperti yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam membina negara yang progresif, berdaya tahan dan berteraskan nilai kemanusiaan.
Kementerian ini kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan semua agensi, pihak berkepentingan serta rakan strategik bagi merealisasikan visi dan hala tuju yang telah digariskan demi manfaat belia, atlet dan seluruh rakyat Malaysia.