Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga Petrol Dan Diesel Di Semenanjung Turun
PUTRAJAYA — Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen, iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.11 seliter dan RM2.89 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Januari 2026.
Manakala harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi pula diturunkan sebanyak 2 sen kepada RM2.54 seliter.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Sementara itu, harga runcit harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter.
Selain itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter
MoF turut memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF
Sumber: Kementerian Kewangan